Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kumpulan 5

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2019, Jumaat, Pusat Internet Kg. Bandong dengan kerjasama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Powerpoint dan Internet yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 3:30 petang. Seramai 9 orang kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang menyertai kelas tersebut.

Para peserta didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Powerpoint seperti cara membuat slaid perbentangan dan cara memasukkan ilustrasi dan animasi ke dalam slaid. Selain itu, mereka juga didedahkan cara penggunaan internet yang betul, emel dan Youtube.

Latihan Asas ICT pada kali ini berakhir dengan penyampaian cenderahati untuk Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan dan pemberian sijil untuk peserta-peserta latihan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali